G[r]a[d]u[a]t[i]o[n] t[i]m[e]

Daisypath Graduation tickers

Monday 11 June 2012

♥♥♥Saya Sayang Awak Banyak Langit♥♥♥


Saya sayang awak banyak langit. Mungkin terlalu pelik jika saya sebut di khalayak ramai. Dan mungkin akan ada yang mengatakan saya gila. Kenapa langit perlu ada persamaan dengan perkataan "banyak" dan sepatutnya harus "tinggi" atau "luas" yang lebih layak untuk di cantumkan ke dalam kenyataan saya ini.




Saya sayang banyak langit. Abang sayang mama ngan ayah tak? " Abang sayang mama banyak langit" ; jawab saya dari kecil lagi. Itu yang sering saya ulangkan bila mama ngan ayah tanya saya. Tapi kenapa perlu di bandingkan sebagai langit? Sebab bagi saya ini langit itu cuma 1 sahaja yang ada di muka bumi ini. Tiada 2 atau 3 langit di ciptakan buat kita. Begitu juga kasih sayang saya pada mama dan ayah saya. Tiada yang lain, melainkan itu sahaja mak dan ayah untuk kehidupan saya. Mak mertua? itu cerita lain..


Mungkin inilah ibaratnya kasih sayang saya pada Si "dia". Tiada siapa lagi yang ada dalam hati saya untuk saya rasa sayang untuk saya jadikan dia sebagai seseorang yang akan menjadi sebahagian hidup saya.


" Saya Sayang Awak Banyak Langit "


Langit itu satu sahaja. Begitulah rasa kasih sayang saya pada awak. Tiada 2 atau 3 untuk saya tanamkan rasa sayang saya pada orang lain selain diri awak. Mungkin terlalu jumud entri ini pada mata orang lain yang membaca. Janji awak faham apa yang mahu saya sampaikan ikhlas dari hati saya.


Awak takdir hidup saya. Mohon Allah Ta'ala perkenankan permintaan saya yang satu ini. Saya cuma ada impian dan berusaha untuk mencapainya, dan semangat untuk teruskan hidup. Mungkin semangat saya ini akan kurang berkobar jika awak tiada dalam hidup saya nanti.


Seseorang yang ISTIMEWA bukanlah yang selalu ada di depan mata, Bukan juga yang selalu ada di sisi kita. Tapi dia yang SETIA DI HATI dan selalu teringat pada kita di setiap doa-doanya. Awak sentiasa ada di dalam doa di kala masa sujud saya. Sebab awak sangat istimewa dalam hidup saya - KMH




No comments:

Post a Comment