Bawak botol bentuk telefon…gantung kat leher masa ke tadika…nerd betu
Masa Time tadika x sabar tunggu time rehat…teruja nak tahu pakcik kantin masak apa untuk bekfest & lunch… #suka roti jala n kuah kari pakcik helmi polis
Masa dulu famous beg roda…(ala beg ala-ala akademi fantasia tuh) yang boleh tarik..bangga kalau dah de..esoknya semangat bawak sekolah .. #sampai beg tuh haus redah segala onak duri.
Time sekola rendah mesti selalu dapat list buku cerita+susu segar (strawberi,coklat,jagung)…bawa balik umah paksa ibu ayah isi kertas tuh…esok g sekolah bawak duit..berebut serbu abg penjual
Masa kelas seni,semua kerja seni bawak balik…semua ayah yg buat..dari anyaman kertas warna sampailah deco jdkan rumah dr kotak terpakai…salu dapat A #tgn x berseni…hehe
Masa hujan lebat suka tutup buka telinga pakai jari..nanti dengar bunyi bergaung…cubala…har..har..har..
Salu tahan motor ting ting (ala…yang jual jajan tuh)…beli ding dang n tora…makanan buang..mainan ambil….Masa kecik-kecik dulu harga dingdang ni cuma 60sen dan tora 1.20sen
Pergi sekola agama rakyat,before mula kelas badan daa start berpeluh..main galah panjang,zero point,baling kasut,police entry,aci nyorok…haaaa…meriah kan dulu dengan mainan
Pergi longkang kecil teruja tengok berudu berenang-renang..# semangat macam Nampak ikan duyung je
Pesta ikan laga…sayang sangat bila ikan cantik tuh jadi bahan pertandingan..
Kelas music,masing-masing semangat beli recorder…percubaan pertama semua penuh menyembur air liur dalam tiub recorder…eee…yeyek..balik rumah semangat practice..asyik tone DO RE MI je..#buhsan betul
Time tengahari berkelah dengan jiran sebelah rumah…makan dalam pinggan warna-warna…ada corak katun-katun #selera betul makan ramai-ramai
Suka harungi lecak (masa hujan) time ayah ambil dari sekolah…jalan kaki je..rumah dekat dengan sekolah
Bila lori Milo/Koko Crunch datang semangat beratur…langsung tak semangat nak belajar dah…+ lagi bila pakcik Milo tuh cakap kalau siapa bantu boleh dapat Milo/coco Crunch lebih… #wokei..siapa dengar terus berebut nak tolong
Dengar je Klinik Pergigian datang masing-masing pucat lesi…tambah yang ade masalah gigi berlubang…lagi cuak..masing2 cngkung kat longkang berus gigi
Program RMT (bukan RTM yaa?) kan dapat makanan percuma dan susu…pelajar yang tak layak terima pon tumpang sekaki #teruk kan?hehehe
Pesta PEMADAM….beli banyak-banyak pemadam 1o sen(murah je) kat BOOK SHOP (sekarang panggil koperasi kan?)bukan untuk kegunaan masa belajar…tapi nak lawan dengan kengkawan
Musim Kereta tamiya…asal ade kelas tambahan je mesti budak lelaki terutamanya berlumba kereta tamiya kat longkang depan kelas #test power kereta siapa paling laju le teww
Hari sukan dah terasa meriah walaupun hanya dapat air kotak dah satu roti (inti kaya/kelapa/kacang merah)…teruja nak tahu rumah sukan mana yg menang walaupun x participate apa-apa acara… :D
Suka main froze kat peti ais bahagian atas (masa tuh peti ais satu pintu)..asyik buka tutup peti ais je keje
Suka masa kelas English (Darjah 1)…Mrs Wong akan wat spelling…siapa dapat full marks akan dapat ganjaran…yuhhuu.. #semangat nak dapatkan 1o/1o
Masa Raya bukan nak makan sangat..tapi nak collect duit raya je lebih… beratur macam nak ambik bantuan kemanusiaan (ala…awak semua pown sama kan?) di samping semangat show off baju raya yang baru beli ^_^ #budak-budak…hehe
Cuti hujung minggu di habiskan dengan layan kartun Dragon Ball (pemes).. Setiap minggu wajib tengok, tertunggu-tunggu depan tv.Dulu main kat tv2, hari sabtu ngan ahad. So seminggu 2 siri je. Lama betul nak habis+salamoon+ninja turtle…sanggup bangun awal pagi menggadap depan televisyen..malam pula layan usop sontorian+kluangman(sekarang ni era upin ipin):D
Anak Patung Kertas..Dan ini baru la permainan budak perempuan. . Dijual dalam bentuk buku sekitar harga 30sen je dulu. Then kita koyakkan keluar anak patung tu beserta pakaian-pakaian dia, gayakan la. Kalau sekarang ni barbie la
Chewing gum tatu…nama nak best je. Sebab nama tu diberi adalah kerana dekat bawah pembalut chewing gum ni ada gambar berwarna dimana kalau kita bubuh air sket, tempek kat kulit kita, akan menghasilkan gambar ala-ala tatu
Aiskrim Pop/Pong…ais ni seposen je satu. beli then patahkan dua
Bulan puasa…asyik pandang jam je..kira masa..bila boleh berbuka..masa iklan waktu imsak & berbuka kat tv (salunyer time petang) teruja cari waktu imsak &berbuka kawasan tempat tinggal kita…
Selalu Main kad OLD MAID,DONKEY,ONE HAPPY FAMILY
Sape2 yg baru naik darjah 6, dlm kpale otak mesti ingat 2 bende je kene tempuh dlm darjah 6 nie.. exam UPSR, dgn injection bcg.. ade yg nangis2.. ada yg lari xnk kene injection.. apadaaa
Biji getah..bab nie mmg best. gosok lama2 kat lantai, pastu tenyeh kat membe.. pastu kene kejar 1 skolah.. hahahaha..
#Rindu Zaman Kanak2...Innocent Betul....Macam Tak Fikir Pape Problem...Happy Je....Takkan Dapat Ulang Dah Kenangan Semua NI..Cuma Boleh Kenang Je ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment